Kenapa Rambut saya bertompok? – Kenali Alopecia Areata

Alopecia areata adalah penyakit yang berlaku apabila sistem imun menyerang folikel rambut dan menyebabkan keguguran rambut. Walaupun rambut boleh hilang dari mana-mana bahagian badan, Alopecia Areata biasanya menjejaskan kepala dan muka. Rambut biasanya gugur dalam tompok kecil, tetapi dalam beberapa kes, keguguran rambut boleh jadi lebih teruk. Kebanyakan orang yang alami penyakit ini sihat dan tidak mempunyai simptom lain.

best doctor malaysia

Proses Alopecia Areata bergantung pada setiap individu. Ada yang mengalami keguguran rambut sepanjang hidup mereka, manakala yang lain hanya mengalami pada satu jangka masa sahaja.

Adalah penting untuk mengetahui bahawa walaupun serangan ini menyebabkan keguguran rambut, serangan itu jarang dapat memusnahkan folikel rambut. Ini bermakna  rambut anda boleh tumbuh semula.

Walaupun sesiapa sahaja boleh mendapat alopecia areata, sesetengah orang mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk dapatkannya. Orang-orang yang berisiko untuk mendapatkannya mempunyai:

  • Keluarga terdekat yang mempunyai sejarah Alopecia Areata: Dianggarkan kira-kira 10% hingga 20% orang yang menghidap alopecia areata mempunyai ahli keluarga yang menghidapnya
  • Asma, demam hay, dermatitis atopik, penyakit tiroid, vitiligo, atau down syndrome: Orang yang mempunyai salah satu penyakit ini lebih berkemungkinan mendapat alopecia areata
  • Telah merawat kanser dengan ubat yang dipanggil nivolumab: Walaupun masih terlalu awal untuk menyatakan sama ada ini boleh meningkatkan risiko anda, beberapa pesakit kanser yang menerima ubat yang dipanggil nivolumab telah menghidap alopecia areata. Ubat ini digunakan untuk merawat kanser paru-paru dan melanoma yang telah merebak. Keguguran rambut biasanya bermula beberapa bulan selepas mereka memulakan rawatan.

 

Adalah penting untuk mengetahui bahawa walaupun serangan ini menyebabkan keguguran rambut, serangan itu jarang dapat memusnahkan folikel rambut. Ini bermakna  rambut anda boleh tumbuh semula dengan rawatan yang betul. Untuk ketahui lebih lanjut, dapatlan konsultasi secara percuma dengan Glojas hari ini!

Pelanggan digalakkan untuk menghubungi Glojas secara langsung untuk mendapatkan konsultasi awal secara percuma. Penasihat kami yang berpengalaman akan memberikan bantuan dan cadangan rawatan yang sesuai untuk menyelesaikan masalah anda.