Apa Itu Rawatan Chemical Peel?

Chemical peel adalah rawatan pemulihan semula kulit di mana larutan kimia digunakan pada kulit untuk membuang sel kulit mati dan pigmen (melanin) yang terkumpul dari permukaan kulit untuk mempercepatkan pembaharuan sel. Selain itu, rawatan ini membantu merangsang pertumbuhan semula kolagen untuk kulit yang lebih sihat.

best doctor malaysia

Rawatan chemical peel akan menjadikan kulit anda lebih licin, sihat dan lebih berseri. Pakar doktor Glojas akan menasihati anda tentang cara penjagaan di rumah untuk kekalkan pembaharuan kulit dan melindungi kulit anda daripada matahari supaya rawatan tersebut lebih berkesan dengan cepat dan selamat. Rawatan ini sesuai digunakan secara sendiri atau digabungkan dengan jenis rawatan lain.

Rawatan chemical peel boleh merawat pelbagai jenis masalah kulit, termasuk:

  • Kulit yang kusam
  • Garis halus
  • Parut
  • Melasma
  • Keradangan
  • Permukaan kulit yang tidak sekata
  • Kerosakkan kulit yang disebabkan cahaya matahari

 

Sebelum menjalani rawatan chemical peel, doktor estetik di Klinik Glojas akan memberi penerangan terlebih dahulu tentang keadaan kulit anda semasa konsultasi. Doktor akan menyarankan jenis chemical peel yang paling sesuai dengan keadaan kulit anda. Anda diingatkan supaya tidak menggunakan produk penjagaan kulit yang mengandungi retinol atau retin-A dalam masa 48 jam sebelum mendapatkan rawatan.

Faktor penting lain adalah bahagian yang mahu dirawat. Pelbagai variasii ketebalan kulit boleh mempengaruhi hasil kulit yang paling utama. Sebagai contoh, wajah biasanya sembuh lebih cepat dan biasanya mengalami komplikasi yang rendah (seperti perubahan warna, pembentukan parut dan jangkitan) daripada bahagian seperti belakang tangan atau leher dengan setiap jenis larutan kimia yang digunakan, exfoliation selalu meningkatkan sensitiviti cahaya matahari. Doktor Glojas menasihati untuk sentiasa memakai SPF 30 semasa menggunakan sebarang jenis bahan kimia atau exfoliation.

Selepas rawatan ini, kulit biasanya akan keradangan, diikuti dengan pengelupasan kulit mati di bahagian rawatan. Proses penyembuhan ini biasanya mengambil masa tiga hingga tujuh hari. Di Klinik Glojas anda akan menyarankan rawatan mana yang terbaik untuk kulit anda, berapa banyak rawatan yang diperlukan dan bila rawatan seterusnya perlu dilakukan. Apabila proses penyembuhan berakhir, anda boleh lihat hasil yang memuaskan! Kulit anda lebih licin, cerah, lembap dan jerawat berkurangan!

Pelanggan digalakkan untuk menghubungi Glojas secara langsung untuk mendapatkan konsultasi awal secara percuma. Penasihat kami yang berpengalaman akan memberikan bantuan dan cadangan rawatan yang sesuai untuk menyelesaikan masalah anda.